Sunday 18 March 2012

DEFINISI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN ICT

 Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Teknologi maklumat dan komunikasi ialah teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi.

Senn (1998) menyatakan teknologi maklumat dan komunikasi mengandungi tiga komponen iaitu komputer, komunikasi dan tahu guna.Gabungan ketiga-tiga komponen ini mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan berjaya. 



KEPENTINGAN ICT

  • dapat melahirkan masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan
  • sebagai alat perniagaan dan sosial.
  • sebagai syarat untuk penyertaan dalam persaingan dan perkembangan ekonomi, sosial dan pendidikan.
  • mampu memperoleh segala informasi yang diperlukan.
  • merapatkan hubungan sesama manusia.
  • merapatkan jurang pemisahan antara guru dengan pelajar.
  • menjadi pemangkin kepada perkembangan industri dan ekonomi tempatan.
  • dapat menggalakkan pengaliran wang asing ke negara kita.
  • dapat memajukan sistem pertahanan dan keselamatan negara.
  • berjaya meningkatkan kualiti hidup rakyat.
  • mampu menjimatkan bayaran kos komunikasi.
  • negara dipandang tinggi.




DOA SEBELUM MENAIKI KENDERAAN





ADAB KETIKA MENAIKI KENDERAAN AWAM

1)  Beratur sebelum menaiki kenderaan
2)  Membaca doa sebelum menaiki kenderaan
3) Mengutamakan orang yang lebih tua dan kurang upaya
4) Duduk dengan sopan ketika berada dalam  kenderaan
5) Mengucapkan terima kasih sebelum keluar daripada kenderaan


KEGUNAAN KENDERAAN 

1) Memudahkan manusia untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi
2) Menjimatkan masa
3) Boleh membawa lebih dari seorang penumpang dalam satu masa
4) Memudahkan perjalanan ketika berlaku kecemasan


PENGANGKUTAN DARAT


DEFINISI PENGANGKUTAN DARAT :


 *Pengangkutan darat adalah jenis pengangkutan yang paling biasa digunakan. Ia merangkumi kenderaan pacuan empat roda termasuk kereta, MPV van, dan sebagainya. Selain itu, perkhidmatan bas dan sistem LRT juga antara jenis pengangkutan darat.




KENDERAAN DARAT :




bas



basikal 


lori 



motosikal


kereta


beca


CARA MEMBUAT ORIGAMI KERETA



MARI MENYANYI



RANCANGAN MENGAJAR

RANCANGAN MENGAJAR

NAMA TADIKA                       : Tadika Murni
BILANGAN MURID                : 20/20
UMUR                                        : 6 tahun
MINGGU & HARI                   : 3 & Khamis
TARIKH                                    : 22 Januari 2012
CADANGAN MASA                : 9.50 –10.20 pagi (30 minit)
TEMA & TAJUK                     : Kenderaan Darat
TUNJANG UTAMA                 : Sains dan teknologi (Awal Matematik)
TUNJANG DISEPADUKAN  :  Perkembangan Fizikal dan Estetika (Kreativiti)

STANDARD PEMBELAJARAN UTAMA                                     :

(ST 11.2.2) Mengecam bentuk segitiga,bulat,segi empat sama

STANDARD PEMBELAJARAN YANG DISEPADUKAN          :

(KTI 1.2.5) Menghasilkan bentuk binaan yang mudah melalui pelbagai aktiviti

OBJEKTIF : PADA AKHIR PENGAJARAN , MURID AKAN  :

1) dapat mengenalpasti bentuk seperti segi empat, bulat dan segitiga
2) dapat mendirikan satu bentuk binaan

PENGETAHUAN SEDIA ADA  : Kanak – kanak sudah mengetahui tentang kenderaan yang sering mereka lihat seperti kereta dan lori.
PENERAPAN NILAI                    : memberi perhatian, berani mencuba, mendengar arahan  dan bersungguh-sungguh
ALAT BANTU MENGAJAR       : : Binaan kereta, Gambar kenderaan, kertas warna dan lembaran kerja.
KBKK                                             : menjana idea, mengenalpasti, kreatif dan menyelesaikan masalah.

LANGKAH / MASA
 AKTIVITI GURU
AKTIVITI MURID
CATATAN





  


SET INDUKSI
(5 MINIT)

- Guru masuk ke kelas dengan memakai binaan yang berbentuk kereta yang diperbuat daripada kotak.
-Guru bertanya kepada kanak-kanak apakah kenderaan yang ditunjukkan oleh guru.
-Guru memberitahu kanak-kanak apakah pembelajaran pada hari ini.

-Kanak-kanak merasa pelik apakah yang dipakai oleh guru.
-Kanak-kanak menjawab soalan yang diberikan oleh guru.
-Kanak-kanak mendengar penjelasan yang diberikan oleh guru.

ABM   : Binaan kereta.

OBJ     : -

NILAI : berani mencuba

KBKK : menjana idea.











LANGKAH 1
(10 MINIT)

-Guru menayangkan video yang memaparkan pelbagai jenis kenderaan seperti lori, kereta, bas , basikal dan motosikal.
-Sambil video ditayangkan, guru memberitahu kanak-kanak apakah bentuk-bentuk yang terdapat pada setiap kenderaan.
-Guru menampal gambar kenderaan di papan putih.
-Guru menyuruh kanak-kanak melukiskan bentuk apakah yang terdapat pada kenderaan tersebut di papan putih dengan betul.

-Kanak-kanak melihat video yang ditayangkan dengan sepenuh perhatian.
-Kanak-kanak belajar mengenai bentuk sambil menonton video dengan bimbingan guru.
-Kanak-kanak melihat kepada gambar yang ditampal oleh guru.
-Kanak-kanak yang dipilih melukis bentuk yang terdapat pada gambar yang ditampal dengan betul.









ABM    : Gambar kenderaan.
OBJ      : (1)

NILAI  : memberi perhatian

KBKK : mengenalpasti










LANGKAH 2
(10 MINIT)

-Guru memberi arahan tentang aktiviti yang akan dijalanakan.
-Guru membuat demontrasi tentang cara-cara membuat origami kereta langkah demi langkah.
-Guru mengedarkan kertas warna kepada setiap kanak-kanak.
-Guru menyuruh kanak-kanak membuat origami kereta dengan bimbingan daripada guru.

-Kanak-kanak mendengar arahan yang diberikan oleh guru.
-Kanak-kanak melihat demontrasi yang dijalankan dengan penuh minat.
-Kanak-kanak membuat origami kereta dengan bimbingan daripada guru.

ABM    : kertas warna
OBJ      : (2)

NILAI  : mendengar arahan.

KBKK  : kreatif







PENUTUP
(5 MINIT)

-Guru merumus kembali tentang pengajaran pada hari ini.
-Guru memberi soalan kepada kanak-kanak tentang bentuk-bentuk yang terdapat pada setiap kenderaan.
-Guru memberi lembaran kerja sabagai kerja sekolah.

-Kanak-kanak mengimbas kembali pengajaran pada hari ini bersama-sama guru.
-Kanak-kanak menjawab soalan yang diberikan oleh guru.
-Kanak-kanak melengkapkan lembaran kerja yang telah diberikan

ABM     :  lembaran kerja

OBJ      :  -

NILAI  : bersungguh-sungguh

KBKK :  menyelesaikan masalah.

IMPAK : Seramai 17/20 orang kanak-kanak berjaya mencapai objektif pengajaran pada hari ini. Hal ini kerana penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai dengan tahap kefahaman kanak-kanak. Sebaliknya, bagi kanak-kanak yang kurang berjaya, guru akan menggunakan inisiatif lain untuk membantu mereka dalam memahami pengajaran pada hari ini.



LEMBARAN KERJA 

Nama   : ____________                  


Tarikh : ____________


Warnakan bentuk bulat dan segi empat yang terdapat dalam gambar di bawah









VIDEO KENDERAAN