DEFINISI PENGANGKUTAN DARAT :
*Pengangkutan darat adalah jenis pengangkutan yang paling biasa digunakan. Ia merangkumi kenderaan pacuan empat roda termasuk kereta, MPV van, dan sebagainya. Selain itu, perkhidmatan bas dan sistem LRT juga antara jenis pengangkutan darat.
KENDERAAN DARAT :
KENDERAAN DARAT :
bas
basikal
lori
motosikal
kereta
beca
CARA MEMBUAT ORIGAMI KERETA
MARI MENYANYI
RANCANGAN MENGAJAR
RANCANGAN
MENGAJAR
NAMA
TADIKA : Tadika
Murni
BILANGAN
MURID : 20/20
UMUR :
6 tahun
MINGGU
& HARI : 3
& Khamis
TARIKH : 22
Januari 2012
CADANGAN
MASA : 9.50
–10.20 pagi (30 minit)
TEMA
& TAJUK : Kenderaan
Darat
TUNJANG
UTAMA : Sains
dan teknologi (Awal Matematik)
TUNJANG
DISEPADUKAN : Perkembangan Fizikal
dan Estetika (Kreativiti)
STANDARD
PEMBELAJARAN UTAMA :
(ST 11.2.2) Mengecam
bentuk segitiga,bulat,segi empat sama
STANDARD
PEMBELAJARAN YANG DISEPADUKAN :
(KTI 1.2.5)
Menghasilkan bentuk binaan yang mudah melalui pelbagai aktiviti
OBJEKTIF
: PADA AKHIR PENGAJARAN , MURID AKAN :
1)
dapat
mengenalpasti bentuk seperti segi empat, bulat dan segitiga
2)
dapat
mendirikan satu bentuk binaan
PENGETAHUAN
SEDIA ADA : Kanak
– kanak sudah mengetahui tentang kenderaan yang sering mereka lihat seperti
kereta dan lori.
PENERAPAN
NILAI : memberi
perhatian, berani mencuba, mendengar arahan
dan bersungguh-sungguh
ALAT
BANTU MENGAJAR :
: Binaan kereta, Gambar kenderaan,
kertas warna dan lembaran kerja.
KBKK : menjana
idea, mengenalpasti, kreatif dan menyelesaikan masalah.
LANGKAH / MASA
|
AKTIVITI GURU
|
AKTIVITI MURID
|
CATATAN
|
SET INDUKSI
(5 MINIT)
|
- Guru masuk ke kelas dengan memakai
binaan yang berbentuk kereta yang diperbuat daripada kotak.
-Guru bertanya kepada kanak-kanak
apakah kenderaan yang ditunjukkan oleh guru.
-Guru memberitahu kanak-kanak
apakah pembelajaran pada hari ini.
|
-Kanak-kanak
merasa pelik apakah yang dipakai oleh guru.
-Kanak-kanak menjawab soalan yang
diberikan oleh guru.
-Kanak-kanak mendengar penjelasan
yang diberikan oleh guru.
|
ABM : Binaan kereta.
OBJ : -
NILAI :
berani mencuba
KBKK : menjana idea.
|
LANGKAH 1
(10 MINIT)
|
-Guru menayangkan video yang
memaparkan pelbagai jenis kenderaan seperti lori, kereta, bas , basikal dan
motosikal.
-Sambil video ditayangkan, guru
memberitahu kanak-kanak apakah bentuk-bentuk yang terdapat pada setiap
kenderaan.
-Guru menampal gambar kenderaan
di papan putih.
-Guru menyuruh kanak-kanak
melukiskan bentuk apakah yang terdapat pada kenderaan tersebut di papan putih
dengan betul.
|
-Kanak-kanak melihat video yang
ditayangkan dengan sepenuh perhatian.
-Kanak-kanak belajar mengenai
bentuk sambil menonton video dengan bimbingan guru.
-Kanak-kanak melihat kepada
gambar yang ditampal oleh guru.
-Kanak-kanak yang dipilih melukis
bentuk yang terdapat pada gambar yang ditampal dengan betul.
|
ABM : Gambar kenderaan.
OBJ : (1)
NILAI : memberi perhatian
KBKK : mengenalpasti
|
LANGKAH 2
(10 MINIT)
|
-Guru memberi arahan tentang
aktiviti yang akan dijalanakan.
-Guru membuat demontrasi tentang
cara-cara membuat origami kereta langkah demi langkah.
-Guru mengedarkan kertas warna
kepada setiap kanak-kanak.
-Guru menyuruh kanak-kanak
membuat origami kereta dengan bimbingan daripada guru.
|
-Kanak-kanak mendengar arahan
yang diberikan oleh guru.
-Kanak-kanak melihat demontrasi
yang dijalankan dengan penuh minat.
-Kanak-kanak membuat origami
kereta dengan bimbingan daripada guru.
|
ABM : kertas warna
OBJ : (2)
NILAI : mendengar arahan.
KBKK
: kreatif
|
PENUTUP
(5 MINIT)
|
-Guru
merumus kembali tentang pengajaran pada hari ini.
-Guru memberi soalan kepada
kanak-kanak tentang bentuk-bentuk yang terdapat pada setiap kenderaan.
-Guru memberi lembaran kerja
sabagai kerja sekolah.
|
-Kanak-kanak
mengimbas kembali pengajaran pada hari ini bersama-sama guru.
-Kanak-kanak menjawab soalan yang
diberikan oleh guru.
-Kanak-kanak melengkapkan
lembaran kerja yang telah diberikan
|
ABM :
lembaran kerja
OBJ :
-
NILAI : bersungguh-sungguh
KBKK :
menyelesaikan
masalah.
|
IMPAK :
Seramai 17/20 orang kanak-kanak berjaya mencapai objektif pengajaran pada hari
ini. Hal ini kerana penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai dengan tahap
kefahaman kanak-kanak. Sebaliknya, bagi kanak-kanak yang kurang berjaya, guru
akan menggunakan inisiatif lain untuk membantu mereka dalam memahami pengajaran
pada hari ini.
LEMBARAN KERJA
Nama : ____________
Tarikh : ____________
Tarikh : ____________
Warnakan bentuk bulat dan segi empat yang terdapat dalam gambar di bawah
VIDEO KENDERAAN
No comments:
Post a Comment