Sunday 18 March 2012

DEFINISI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN ICT

 Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Teknologi maklumat dan komunikasi ialah teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi.

Senn (1998) menyatakan teknologi maklumat dan komunikasi mengandungi tiga komponen iaitu komputer, komunikasi dan tahu guna.Gabungan ketiga-tiga komponen ini mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan berjaya. 



KEPENTINGAN ICT

  • dapat melahirkan masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan
  • sebagai alat perniagaan dan sosial.
  • sebagai syarat untuk penyertaan dalam persaingan dan perkembangan ekonomi, sosial dan pendidikan.
  • mampu memperoleh segala informasi yang diperlukan.
  • merapatkan hubungan sesama manusia.
  • merapatkan jurang pemisahan antara guru dengan pelajar.
  • menjadi pemangkin kepada perkembangan industri dan ekonomi tempatan.
  • dapat menggalakkan pengaliran wang asing ke negara kita.
  • dapat memajukan sistem pertahanan dan keselamatan negara.
  • berjaya meningkatkan kualiti hidup rakyat.
  • mampu menjimatkan bayaran kos komunikasi.
  • negara dipandang tinggi.


No comments:

Post a Comment